Mar 4, 2011

Sira/Halwa Kundur

Kundur (benincasa cerifera), sejenis buahan yang berkulit keras dan isinya putih wangi. Biasanya berbentuk bujur.

Sira/Halwa Kundur
Sebiji kundur sekitar 1 kg beratnya (kupas kulit luarnya, buang biji, dan dipotong bujur berukuran 3smx10sm). Kemudian dibasuh bersih. Rendam kundur tadi ke dalam air kapur (rendam sehingga semuanya tenggelam, sekitar 1 jam).

Sejatkan dan masukkan ke dalam periuk, dan masukkan gula sekitar 2 cawan, dan secawan air. Masak dengan api perlahan sehingga gulanya likat. Keluarkan dan sejukkan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.